Berulang alik sejauh kira-kira 40 kilometer hampir setiap hari untuk ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).<br /><br />Itu pengorbanan ibu bapa di Daerah Sipitang, Sabah yang menghantar anak Orang Kurang Upaya (OKU) mereka untuk mendapatkan pendidikan khas..<br /><br />Semuanya bagi memastikan anak-anak istimewa ini serba sedikit mendapat lathan kemahiran selain asas pendidikan.
